Monday, October 10, 2011

Heel and Toe Downshifting..

Ape heel and toe downshift ni..? ape bestnye klu tau nk wat pon..? YANG PALING PENTING..PENTING SANGAT KE MENATANG NI..?ok..
ni list yg aku tau(sikit je pun atoi) pasal heel and toe downshift memandangkan aku rajin wat klu aku bwak kete manual.. XKIRE ape jenis kete pon..buruk, baru, cantek, power, idop segan mati xmau pon aku wat..janji MANUAL..hehehehe.. 


Heel Toe Downshift adalah teknik menukar dari gear tinggi kepada gear rendah (contohnya dr gear 5 kepada gear 4) dengan memijak pedal brek sambil menekan pedal pendikit (throttle paddle) ketika pedal klac ditekan oleh kaki kiri untuk meningkatkan kadar putaran enjin kenderaan tersebut.


  • Teknik ini biasanya digunapakai oleh pelumba professional ketika berlumba di trek. bertujuan untuk memudahkan/melancarkan penukaran gear tinggi kepada gear rendah, mengurangkan kadar penurunan putaran enjin (RPM range) ketika/sebelum melalui selekoh atau untuk menyediakan kadar putaran enjin yang optima sebelum keluar daripada selekoh.
  • Ia juga digunakan untuk mengawal keseimbangan kenderaan sebelum melalui selekoh (menghilangkan kejutan/sentakan)*kereta tersengguk-sengguk bila tukar gear macam nk hentak muka pada roda stering/papan pemuka(dashboard).. hahahaha..
  • Juga untuk mengelakkan roda pacuan terkunci (Driving wheels locked up) atau dengan kata lain untuk mengelakkan under/over-steering dan seterusnya menghilangkan/mengurangkan kadar kawalan pemandu terhadap kenderaan.(bergantung pada pacuan kenderaan)
Jadi..Ape jadah nk wat kt tetengah jalanraya biase ni..?


Perkadaran bagi Faedah untuk menggunapakai teknik ni tak lain dan tak bukan adalah..


  1. keselesaan penumpang dalam kenderaan (bagi pemandu Syok Sendiri, Budget Takumi@ Initial D)
  2. keseimbangan kenderaan (dalam kadar pengawalan yg tinggi)
  3. kelancaran pemanduan(terutama selepas melalui selekoh+mendaki bukit).
  4. Mengurangkan/melambatkan kadar kerosakan komponen enjin (wear and tear).
    • penyerap hentakan (shock absorber) *(tersengguk-sengguk)
    • galas rod penghubung(connecting rod bearing)
    • gegelang piston(piston ring)
    • klac(clutch)
    • Lain-lain komponen enjin dan kotak transmisi
    • badan/cesi (body/chassis) *(Kemalangan)
Sedikit penerangan tentang kerosakan komponen-komponen:


  • Penyerap hentakan: Penyerap hentakan digunakan untuk menyerap/megawal pergerakan spring dan kenderaan. Jadi, sentakan ketika penukaran gear akan menyebabkan kenderaan tunduk,bergantung pada gear atau kenderaan, semakin besar beza nisbah gear, semakin kuat senggukan tersebut. walaupun kadar kerosakan tidak terlalu ketara, tetapi sedikit sebanyak ia akan menjejaskan komponen-komponen lain dalam sistem pemanduan(handling service).
  • Galas Rod Penghubung: Apabila kelajuan sesebuah kenderaan dikurangkan (brek), kadar putaran enjin juga turut berkurangan, dan apabila menekan pedal klac,kadar putaran enjin akan kembali kepada pelahuan(idling). selepas posisi gear ditukar klac dilepaskan, kadar putaran enjin akan meningkat kembali bergantung pada nisbah gear dan kelajuan kenderaan (engine braking). kerosakan pada galas akan menjadi lebih cepat apabila jurang perbezaan kadar putaran enjin adalah jauh. sebagai contoh kadar putaran 1500RPM menjadi 5000RPM secara tiba-tiba, bukan sahaja kadar putaran berbeza, tetapi kadar pembakaran bahan bakar juga meningkat secara mendadak, kadar tekanan minyak pelincir sudah tentu berbeza. jadi, secara teorinya, apabila menukar posisi gear kepada gear rendah tanpa meningkatkan kadar putaran, enjin akan mengikut kadar kelajuan kenderaan atau kadar pusingan roda (enjin dipaksa oleh putaran roda). apabila tekanan pelincir tidak mencukupi, tidak semua komponen bergerak didalam enjin mendapat pelinciran yg diperlukan untuk bergerak dengan laju/pantas. piston dan aci engkol(crankshaft) adalah antara NADI sesebuah enjin. Rod penghubung adalah PENGHUBUNG antara piston dengan aci engkol, setiap pergerakan aci engkol akan membabitkan rod penghubung dan seterusnya menjadi pergerakan piston. oleh sebab itu, adalah penting untuk memastikan kadar putaran ditingkatkan sebelum menukar posisi gear. *khususnya kepada pengguna enjin berkapasiti 1800cc dan pemandu yang banyak menukar gear dalam keadaan kenderaan bergerak laju.
  • Gegelang Piston: Gegelang piston digunakan untuk memerangkap atau menghalang kebocoran campuran udara dan bahan api daripada keluar dari kebuk pembakaran. Teorinya, apabila kadar putaran enjin meningkat,kadar pengunaan bahan bakar juga akan meningkat. oleh sebab itu, adalah suatu keperluan untuk meningkatkan kadar putaran enjin sebelum menukar posisi gear kerana apabila pedal pendikit tidak ditekan, injap pendikit akan tertutup dan menyebabkan nisbah bahan bakar : udara tidak sebaik ketika pedal pendikit ditekan. perlu kita tahu, bahan bakar adalah cecair(fluid). cecair tidak boleh dimampatkan. walaupun dalam bentuk wap, apabila kadar bahan bakar dan udara tidak mencapai kadar yang sesuai, ia akan menyebabkan mampatan didalam kebuk pembakaran melebihi had, dan seterusnya mnyebabkan kebocoran pada gegelang piston,bahan bakar akan bercampur dengan minyak pelincir dan ini akan merosakkan minyak pelincir dan seterusnya akan merosakkan komponen enjin yang bergerak. bukan itu sahaja, bahan bakar (petrol/diesel) juga akan tetap terbakar walaupun tiada kehadiran api(spark/fire) dalam enjin kerana komponen yang bergerak akan menghasilkan daya geseran dan geseran akan menghasilkan haba. kuasa yang dihasilkan juga akan berkurangan kerana kurangnya mampatan campuran bahan bakar dan udara.
  • Klac: klac digunakan untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin kepada kotak transmisi. transmisi digunakan untuk menggerakkan kenderaan dengan memutarkan roda. apabila sentakan berlaku pada sistem transmisi, klac yang pada mulanya berputar pada kadar yang rendah, akan tersentak kerana kadar putaran roda berbeza dengan kadar putaran enjin. ini akan menyebabkan klac rosak dan seterusnya akan menyukarkan penukaran posisi/nisbah gear.
  • Badan/cesi: pengawalan kenderaan adalah elemen paling penting dalam setiap pemanduan kenderaan. seperti yang dibincang sebentar tadi, heel and toe ini bertujuan untuk mengawal keseimbangan kenderaan. Sekiranya kenderaan kehilangan keseimbangan, kadar pengawalan kenderaan juga akan hilang/kurang dan peluang untuk mngembalikan kepada pemanduan tipis.*bergantung pada keadaan sekeliling,kondisi kenderaan,dan pengalaman pemandu
klu xpndai or malas nk amalkan teknik ni pon xpe..xdose, cume klu boleh, dah downshift 2 lpas pedal klac 2 pelan2..xde la tersengguk2 org sebelah 2.. ('0_0") kete pon xde la cepat rosak.. xde la ulang alik bengkel je kan.. tp klu da kaye sangat nk bg wit kt bengkel 2..ape salahnye kan..
jadi kesimpulannye..

sekarang ni da bnyak teknologi yg diperkenalkan..contohnye.. Nissan memperkenalkan sistem SynchroRev Match® yg memudahkan pemandu untuk menukar posisi gear tanpa menggunakan teknik Heel Toe ni..(manjenye saye..)Jagelah kenderaan anda sebaik mungkin..ape2 pon kerosakan yang terjadi adalah disebabkan cara pemanduan pemandu..walaupon ade yang rosak sejak dari kuar kedai/kilang..tp kebanyakan kerosakan banyak brpunca dari sikap dan cara pemanduan pemandu sendiri.. nak jimat minyak, bawak kete 2, ikut kadar penjimatan yg disarankan pngeluar, klu die kate RPM bawah 5000 jimat, bawak bwah 5000, klu die kate 90km/j, jangan bwak lebih 90km/j. klu nak laju dan xksah psal jimat2.. ape lg..pijak je pedal 2.. sampai BOBOS lantai 2 pon xpe...!! 
(for more info refer to this links..http://www.driftingstreet.com/learn-how-to-heel-toe.html)http://paultan.org/2009/02/03/nissan-370z-synchro-rev-match-transmission-video/